Mesej "Sorry, this voucher is not valid or not applicable for this product. Please check for any typing error.":
Isu ini menyatakan bahawa baucar anda tidak boleh digunakan untuk pembelian ini. Biasanya, ini berlaku apabila:
a. Terdapat item yang tidak layak pada troli pembayaran anda, atau;
b. Terdapat kesalahan menaip pada kod baucar anda yang dimasukkan.
Kami cadangkan anda untuk:
1. Semakkan terma & syarat permohonan baucar anda.
● Untuk makluman anda, ini tidak boleh ditebus untuk sebarang barangan digital, barang kemas/emas halus, lampin bayi, makanan bayi, susu formula bayi, tiket, baucar, tambah nilai mudah alih dan produk insurans.
● Untuk mengelakkan keraguan, ini bukan senarai lengkap dan item lain boleh ditambah ke senarai ini dari semasa ke semasa.
● Selain itu, baucar tidak boleh digabungkan dengan tawaran atau promosi lain juga.
2. Sila salin & tampal kod baucar anda daripada A+ Rewards, untuk memastikan ketepatan baucar anda."
Jika yang di atas tidak membantu, sila hubungi customer service Lazada untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh menghubungi talian hotline mereka di +603 2728 6600, pada bila-bila masa antara 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad.