Pendaftaran VEP melalui laman web di https://vep.jpj.gov.my adalah wajib untuk semua kenderaan asing yang ingin memasuki Malaysia. Mana-mana kenderaan asing yang memasuki Malaysia tanpa permit VEP yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 66H(7) APJ 1987. Jika disabitkan, denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan.