Sekiranya anda tidak memilih pembaharuan automatik apabila anda membeli polisi SafeHome, atau sekiranya anda tidak memberikan kebenaran kepada kami untuk mendebit premium pembaharuan secara automatik daripada eWallet anda, anda boleh klik pada pautan dalam e-mel untuk memberikan persetujuan anda. Selepas itu, pembaharuan automatik akan dilakukan apabila polisi anda luput. Kami amat menggalakkan anda memperbaharui polisi anda secara automatik untuk perlindungan berterusan.