Ciri ‘Scan QR in/out Parking’ direka untuk memudahkan pengalaman anda untuk membayar tambang parkir letak kereta anda dan ia berfungsi dalam 3 langkah mudah:
Kemasukan: Apabila anda memasuki tempat letak kereta dengan menggunakan fungsi ‘Pay’ dalam Touch 'n Go eWallet, Mesin pembaca di tempat letak kereta akan mengimbas kod QR anda.
Keluar: Apabila anda keluar dari tempat letak kereta dengan mengulangi proses kemasukan yang sama, kami akan mengira tempoh tempat letak kereta anda. Jika tempoh letak kereta perlu dibayar, kami akan memproses bayaran.
Pembayaran: Kami merujukkan kepada tambang dan memotong amaun ini dari baki eWallet anda, dan menghantar pemberitahuan atas pembayaran anda.