Untuk transaksi tertentu, anda perlu mengesahkan dan meluluskan pembayaran melalui TapSecure. Ini termasuk pembayaran yang dibuat melalui aplikasi membeli-belah di peranti anda atau di platform dalam talian yang menerima TNG eWallet.
Untuk transaksi didalam aplikasi, anda akan diarahkan ke skrin "Kelulusan TapSecure" yang memaparkan jenis dan jumlah transaksi. Hanya klik "Ya" untuk meluluskan atau "Tidak" untuk menolak.
Untuk transaksi dalam talian, anda akan menerima notifikasi. Ketik notifikasi tersebut untuk membuka skrin "Kelulusan TapSecure", semak butiran transaksi, kemudian ketik "Ya" atau "Tidak".
Sebagai alternatif, anda juga boleh pergi ke halaman Profil anda, skrol ke bahagian Pembayaran, kemudian ketik "Kelulusan TapSecure" untuk melihat dan memberi respons kepada sebarang permintaan yang belum selesai.