Jika anda telah cuba menambah nilai melalui TNG eWallet tetapi transaksi tambah nilai tidak berjaya, jumlah yang telah ditolak daripada akaun TNG eWallet anda akan dipulangkan secara automatik. Bagi sebarang isu pemulangan wang lain yang berpunca daripada gangguan teknikal, kami akan berusaha untuk memulangkan dana pengguna dalam tempoh 5 hari bekerja.
Sekiranya anda masih belum menerima dana anda selepas tempoh yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan Touch ’n Go melalui nombor yang disenaraikan di bawah.
Sebelum menghubungi pihak sokongan, sila lengkapkan proses Semak Baki Kad dalam aplikasi TNG eWallet anda (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas) dengan merujuk panduan di sini.
Anda juga digalakkan untuk mencuba semula proses tambah nilai atau menggunakan Charm anda pada mana-mana pembaca kad bagi mengesahkan sama ada jumlah tambah nilai tersebut telah berjaya dipindahkan ke Charm.
| Careline: | Sila hubungi kami melalui Live Chat di aplikasi TNG eWallet dengan klik di sini. Waktu operasi: 7:00 pagi hingga 10:00 malam, Isnin hingga Ahad. |
| Facebook: | https://www.facebook.com/touchngoewallet/ |