Kami telah menjadualkan penyelenggaraan naik taraf sistem eDompet pada 15 Oktober 2022 dari 2pagi ke 6pagi untuk memberikan anda servis eDompet yang lebih baik.
Sepanjang tempoh ini, segala servis dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet akan tergendala, termasuk
fungsi tambah nilai, bayaran dan merchant dashboard (untuk rakan niaga).
Anda masih boleh guna PayDirect (tol dan parkir), dan RFID (tol sahaja) selagi baki anda mencukupi. Oleh itu, sila tambah nilai eDompet anda terlebih dahulu sebelum penyelenggaraan untuk elak gangguan.
Selepas tempoh naik taraf sistem, sila tutup dan buka semula aplikasi sebelum menggunakan eDompet anda.
Kesabaran anda dihargai dan segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.