Polisi menyatakan bahawa untuk kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh syarikat penerbangan atau hotel, Orang Yang Diinsuranskan hendaklah membuat tuntutan dengan syarikat penerbangan atau hotel terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan dengan AIA bersama-sama dengan bukti pampasan yang diterima daripada atau tuntutan ditolak oleh syarikat penerbangan atau hotel.
AIA akan membayar balik untuk kehilangan, kerosakan atau pembaikan bagasi dan barangan peribadi Orang Yang Diinsuranskan yang berlaku semasa Perjalanan, ditolak sebarang haus & lusuh, susut nilai atau sebarang pampasan yang dibayar oleh syarikat penerbangan.