Sila pastikan peranti anda memenuhi keperluan asas untuk aplikasi Touch 'n Go eWallet
- Sistem Pengoperasian peranti iOS 9 ke atas
- Peranti tidak di-Jailbreak atau di-Root
- Versi aplikasi terkini
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda tidak dapat mendaftarkan akaun :
1) Nombor telefon bimbit atau nombor ID telah didaftarkan kepada akaun eWallet lain
- Jika anda baru menukar nombor telefon, terdapat kemungkinan yang nombor tersebut telah dikitar semula daripada pemilik eWallet sebelum ini
- Pemilik eWallet mungkin telah salah memasukkan nombor ID ketika pendaftaran
Sila hubungi kami untuk bantuan lanjut di sini
2) Anda telah mendaftar menggunakan nombor telefon atau nombor ID yang sama sebelum ini
- Jika anda tidak dapat mengingati nombor PIN, sila tetapkan semula nombor PIN dan OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda
- Jika anda telah menukar nombor telefon baru dan tidak dapat log masuk
Untuk akaun dengan ekyc :
Dapatkan semula akaun anda dengan Pengesahan Wajah.
[Nota : Pengesahan Wajah untuk pengguna iOS sedang dinaik taraf, fungsi ini tidak disediakan buat sementara waktu. Sila gunakan PIN anda sebagai pengesahan alternatif. Terima Kasih atas kesabaran anda.]
Tonton video ini untuk panduan lanjut atau rujuk di sini untuk lebih info mengenai Pemulihan Akaun.
Untuk akaun tanpa ekyc :
Sila hubungi kami untuk bantuan lanjut di sini
3) Negara tidak tersenarai
- Kami mohon maaf jika nama negara anda tidak tersenarai. Kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam eWallet
4) Anda menggunakan nombor telefon bimbit selain dari +60 (MY) dan +65 (SG)
- Touch 'n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor telefon Malaysia dan Singapura
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :
Berapa banyak akaun yang boleh saya daftar?
Selepas mendaftar, bolehkah saya menukar butiran peribadi saya?
Jika saya seorang warga asing, bolehkah saya daftar untuk akaun Touch 'n Go eWallet?
Adakah saya perlu membuat nombor PIN 6-digit Touch 'n Go eWallet?