Sila pastikan peranti anda memenuhi keperluan asas untuk aplikasi Touch 'n Go eWallet
- Sistem Pengoperasian peranti iOS 13 ke atas
- Peranti tidak di-Jailbreak atau di-Root
- Versi aplikasi Touch 'n Go eWallet terkin
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda tidak dapat mendaftarkan akaun :
1) Nombor Telefon bimbit atau Nombor ID (MyKad/Passport) telah didaftarkan kepada akaun Touch 'n Go eWallet lain
- Jika anda baru menukar Nombor Telefon bimbit anda, terdapat kemungkinan yang Nombor Telefon tersebut telah dikitar semula daripada pemilik Touch 'n Go eWallet sebelum ini
- Pemilik eWallet mungkin telah tersalah memasukkan Nombor ID ketika pendaftaran.
- Sila hubungi kami dengan mengemukakan permintaan disini dengan melampirkan tangkapan skrin yang relevan bagi tujuan penyiasatan kami. Sila rujuk langkah untuk mengemukanan permintaan disini
2) Anda telah mendaftar menggunakan Nombor Telefon bimbit atau Nombor ID (MyKad/Passporrt) yang sama sebelum ini
- Jika anda tidak dapat mengingati nombor PIN 6 digit anda, sila lakukan langkah Lupa PIN. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang perlu anda lakukan dalam kes-kes sedemikian, sila rujuk artikel kami di sini.
3) Jika anda telah menukar Nombor Telefon bimbit dan tidak dapat log masuk ke Touch 'n Go eWallet
- Untuk akaun yang telah disahkan :Anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun anda dengan mengemukakan permohonan melalui borang web kami di www.touchngo.com.my dan pilih "Hubungi Kami" di bawah Touch 'N Go eWallet, cari “Tulis kepada Kami” dan klik careline-webform. Sila pilih "Kemaskini Nombor Telefon pada kotak “Jenis bantuan”.
- Untuk akaun yang masih belum disahkan : Anda boleh mendapatkan akses semula ke akaun Touch 'n Go eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun menggunakan alamat e-mel yang berdaftar. Untuk memahami bagaimana proses ini berfungsi, kami mencadangkan untuk menonton video pendek disini.
4) Negara anda tidak tersenarai
- Kami mohon maaf jika nama negara anda tidak tersenarai. Kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam eWallet
5) Anda menggunakan nombor telefon bimbit selain dari +60 (MY) dan +65 (SG)
- Touch 'n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor telefon Malaysia dan Singapura