Sekiranya akaun anda digantung disebabkan oleh
- Kesalahan PIN 6-Digit melebihi had ketika log-masuk, atau
- Kesalahan menjawab soalan keselamatan melebihi had
Sila tunggu selama 24 jam dan kemudian lakukan langkah Terlupa PIN seperti di bawah
Atau
Sekiranya akaun anda digantung disebabkan oleh
- Kesalahan PIN melebihi had ketika pembayaran atau transaksi eWallet
Sila tunggu selama 3 jam dan kemudian lakukan langkah Terlupa PIN seperti di bawah
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk proses Terlupa PIN melalui pengesahan wajah
[Nota : Pengesahan Wajah untuk pengguna iOS sedang dinaik taraf, fungsi ini tidak disediakan buat sementara waktu. Sila gunakan PIN anda sebagai pengesahan alternatif. Terima Kasih atas kesabaran anda.]
Langkah 1 : Klik pada ikon 'Profile' -> 'Settings' -> pilih 'Face Verification' untuk mengaktifkan
(Lihat video dibawah untuk panduan mengaktifkan pengesahan wajah)
Jika telah membuat pengesahan akaun : tonton video di sini
Jika belum membuat pengesahan akaun : tonton video di sini
Langkah 2: Setelah diaktifkan, klik 'Forgot Your PIN?'
Langkah 3: Isikan nombor telefon bimbit anda
Langkah 4: Imbas wajah anda
Langkah 5: Masukkan nombor PIN 6-angka baru anda dan selesai!
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk proses Terlupa PIN tanpa pengesahan wajah
Langkah 1: Klik "Forgot Your PIN?"
Langkah 2: Isikan nombor telefon bimbit anda
Langkah 3: Isikan OTP yang anda terima
Langkah 4: Pilih untuk mengesahkan diri anda dengan ID berdaftar anda atau jawab soalan keselamatan
Langkah 5: Masukkan nombor PIN 6-digit baru anda.
Anda boleh juga merujuk pada video di sini
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :
Bagaimanakah cara untuk tukar nombor PIN 6-digit dari akaun Touch 'n Go eWallet?
Adakah saya perlu membuat nombor PIN 6-digit Touch 'n Go eWallet?