Anda boleh menuntut tambang perjalanan dan perbelanjaan penginapan yang dibayar sekiranya perjalanan anda dibatalkan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh berlepas, namun kami TIDAK akan membayar sebarang kerugian sekiranya:
- Polisi ini dibeli kurang daripada empat belas (14) hari sebelum perjalanan bermula.
- Orang Yang Diinsuranskan atau ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama di Malaysia, atau teman perjalanan didiagnosis dan diuji positif untuk COVID-19.
- Orang Yang Diinsuranskan menangguhkan perjalanan yang dijadualkan semata-mata disebabkan oleh wabak atau nasihat perjalanan berkaitan wabak, termasuk tetapi tidak terhad kepada penutupan sempadan, perintah kuarantin, perintah kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau World Health Organization untuk negara destinasi perjalanan atau negara asal.
Sila rujuk kepada Kontrak Polisi sini untuk terma-terma dan syarat-syarat.