Manfaat Pet Hotel melindungi caj tambahan pet hotel yang ditanggung bagi melanjutkan penginapan haiwan peliharaan anda di pet hotel sekiranya anda tidak dapat pulang pada tarikh yang dijadualkan atas salah satu sebab berikut:
- Kecederaan atau Penyakit Serius yang memerlukan anda dimasukkan ke hospital; atau
- Kelewatan Pembawa Awam (contohnya penerbangan, bas atau pengangkutan berjadual lain) yang anda gunakan.
Nota penting bagi pembelian berkumpulan: Apabila polisi ini dibeli secara berkumpulan, premium manfaat tambahan Pet Hotel akan dikenakan kepada semua pengembara yang layak (Dewasa dan Warga Emas) dalam kumpulan. Pelanggan yang tidak mahu menyertakan manfaat tambahan Pet Hotel boleh memilih untuk membeli perlindungan polisi secara berasingan supaya hanya pengembara yang memerlukan manfaat tambahan ini dilindungi.
Sila rujuk dokumen polisi untuk terma, syarat, had dan pengecualian sepenuhnya.