Manfaat Loss of Home Contents melindungi kehilangan/kerosakan kandungan rumah anda akibat kebakaran dan/atau pecah masuk (kemasukan secara paksa sahaja) apabila rumah ditinggalkan kosong semasa anda dalam perjalanan.
Nota penting bagi pembelian berkumpulan: Apabila polisi ini dibeli secara berkumpulan, premium manfaat tambahan Loss of Home Contents akan dikenakan kepada semua pengembara yang layak (Dewasa dan Warga Emas) dalam kumpulan. Pelanggan yang tidak mahu menyertakan manfaat tambahan Loss of Home Contents boleh memilih untuk membeli perlindungan polisi secara berasingan supaya hanya pengembara yang memerlukan manfaat tambahan ini dilindungi.
Sila rujuk dokumen polisi untuk terma, syarat, had dan pengecualian sepenuhnya.