Ia mungkin dilindungi di bawah satu Pelan Antarabangsa Tokio Marine Explorer. Tempoh perlindungan hendaklah bermula dari tarikh berlepas yang dijadualkan dari Kuala Lumpur sehingga tarikh pulang yang dijadualkan ke Kuala Lumpur.
Sebagai ilustrasi:
Senario 1:
• 1 Feb: Penerbangan dari Sabah ke KL
• 3 Feb: Penerbangan dari KL ke London
• 15 Feb: Penerbangan dari London ke KL
• 17 Feb: Penerbangan dari KL ke Sabah
Tarikh kuat kuasa polisi hendaklah berdasarkan 3 Februari, iaitu tarikh berlepas yang dijadualkan dari Malaysia. Kecuali bagi Pembatalan Perjalanan, kejadian lain yang dilindungi dan berlaku di Kuala Lumpur antara 1 hingga 3 Februari akan dilindungi mengikut definisi Perjalanan Antarabangsa, yang merangkumi 72 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan dari Malaysia. Begitu juga, tarikh luput polisi hendaklah berdasarkan 15 Februari, iaitu tarikh ketibaan yang dijadualkan kembali ke Malaysia. Sebarang kejadian dilindungi yang berlaku di Kuala Lumpur antara 15 hingga 17 Februari akan dilindungi mengikut definisi Perjalanan Antarabangsa, yang merangkumi 72 jam selepas waktu ketibaan yang dijadualkan kembali ke Malaysia.
Senario 2:
• 1 Mac: Penerbangan dari Sabah ke KL
• 7 Mac: Penerbangan dari KL ke Thailand
• 15 Mac: Penerbangan dari Thailand ke KL
• 20 Mac: Penerbangan dari KL ke Sabah
Tarikh kuat kuasa polisi hendaklah berdasarkan 7 Mac, iaitu tarikh berlepas yang dijadualkan dari Malaysia. Kecuali bagi Pembatalan Perjalanan, kejadian lain yang dilindungi dan berlaku di KL antara 4 hingga 7 Mac akan dilindungi mengikut definisi Perjalanan Antarabangsa, yang merangkumi 72 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan dari Malaysia. Pengembara boleh memilih perlindungan Domestik berasingan untuk melindungi perjalanan di KL dari 1 hingga 3 Mac.
Begitu juga, tarikh luput polisi hendaklah berdasarkan 15 Mac, iaitu tarikh ketibaan yang dijadualkan kembali ke Malaysia. Sebarang kejadian dilindungi yang berlaku di KL antara 17 hingga 20 Mac akan dilindungi mengikut definisi Perjalanan Antarabangsa, yang merangkumi 72 jam selepas waktu ketibaan yang dijadualkan kembali ke Malaysia. Pengembara boleh memilih perlindungan Domestik berasingan untuk melindungi perjalanan di KL dari 18 hingga 20 Mac.