Ia mungkin dilindungi di bawah satu Pelan Antarabangsa Tokio Marine Explorer Essential. Tempoh perlindungan hendaklah bermula dari tarikh berlepas yang dijadualkan dari Johor sehingga tarikh pulang yang dijadualkan ke Johor.
Sebagai ilustrasi:
- 1 April: Perjalanan dari Johor ke Singapura dengan kereta api
- 2 April: Perjalanan dari Singapura ke Jepun dengan penerbangan
- 10 April: Perjalanan dari Jepun ke Singapura dengan penerbangan
- 11 April: Perjalanan dari Singapura ke Johor dengan kereta api
Tarikh kuat kuasa polisi hendaklah berdasarkan 1 April, iaitu tarikh berlepas yang dijadualkan dari Malaysia. Tarikh luput polisi pula hendaklah berdasarkan 11 April, iaitu tarikh ketibaan yang dijadualkan kembali ke Malaysia.