Pihak TNG akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa stok kad TNG yang dinaik taraf yang dijual di TNG eWallet memadai permintaan pelanggan. Sekiranya stok kad TNG yang dinaik taraf kehabisan pada TNG eWallet, berikut adalah perkara yang anda digalakkkan untuk lakukan untuk memastikan anda dimaklumkan apabila stok baharu disediakan.
Langkah 1: Klik pada butang Order Touch n’ Go Card yang terletak pada sudut bawah halaman TNG Card.
Langkah 2: Klik pada butang Order Now dan anda akan diarahkan ke skrin Order di mana kebiasaanya anda akan membuat pesanan pembelian kad TNG yang dinaik taraf.
Langkah 3: Jikalau kad TNG yang dinaik taraf telah kehabisan stok, anda akan melihat pesanan “Out of stock” pada skrin anda. Jikalau anda mengalami senario ini, anda digalakkan menekan butang Yes, Notify Me supaya anda boleh dimaklumkan tentang ketersediaan stok kad TNG yang dinaik taraf yang dijual pada Touch n’ Go eWallet. Jikalau anda memilih untuk dimaklumkan, anda akan menerima paparan notifikasi pada Touch n’ Go eWallet anda apabila kad disambung jualan pada Touch n’ Go eWallet.