Untuk Pelan Antarabangsa:
Tiga senario yang berbeza digambarkan di bawah sebagai contoh:
- Sekiranya anda dikehendaki kuarantin di luar negara selama 10 hari, dimasukkan ke hospital selama 10 hari dan meninggal dunia akibat Covid-19, jumlah yang akan dibayar oleh AIA ialah RM22,000 (RM100 untuk 10 hari kuarantin + RM100 untuk 10 hari kemasukan ke hospital. + RM20,000 untuk kematian).
- Sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk Covid-19 selama 5 hari, jumlah akan yang dibayar oleh AIA ialah RM500. Baki RM21,500 boleh dituntut untuk kematian masa hadapan (RM20,000), kemasukan ke hospital (RM500) dan/atau kuarantin (RM1,000) akibat Covid-19.
- Sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk Covid-19 selama 5 hari dan meninggal dunia akibat diagnosis yang sama, jumlah yang akan dibayar oleh AIA ialah RM20,500 (RM20,000 + RM100 untuk 5 hari). Baki RM1,500 akan dihentikan dan polisi ditamatkan.
Untuk Pelan Domestik (perlindungan sehingga RM11,000 sahaja):
Dua senario yang berbeza digambarkan di bawah sebagai contoh:
- Sekiranya anda dimasukkan ke hospital selama 10 hari dan meninggal dunia akibat Covid-19, jumlah yang akan dibayar oleh AIA ialah RM11,000 (RM100 untuk 10 hari + RM10,000 untuk kematian).
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk Covid-19 selama 5 hari dan meninggal dunia akibat diagnosis yang sama, jumlah yang akan dibayar oleh AIA ialah RM10,500 (RM10,000 + RM100 untuk 5 hari). Baki RM500 akan dihentikan dan polisi ditamatkan.