Ya, anda masih akan menerima manfaat SafeTrip sebagai tambahan atas sebarang insurans lain yang mungkin anda miliki untuk manfaat di bawah Kemalangan Diri dan Covid-19.
Untuk manfaat lain (iaitu manfaat di bawah Kesulitan Perjalanan dan Perubatan), sekiranya terdapat insurans lain yang sah dan boleh dikutip di tempat di mana tuntutan telah dibuat, AIA akan bertanggungjawab hanya untuk lebihan amaun kerugian sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan dalam polisi anda.