Keperluan asas Telefon Bimbit:
Untuk mendaftar akaun dengan kami, pastikan telefon bimbit anda memenuhi keperluan berikut seperti dibawah.
- Sistem Operasi Telefon Bimbit: Versi Android 5.0 atau yang lebih baru.
- Status Telefon Bimbit : Telefon bimbi anda tidak boleh dijailbreak atau di-root.
- Versi Aplikasi Touch 'n Go eWallet Terkini: Pastikan anda mempunyai versi terkini aplikasi Touch 'n Go eWallet.
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, tetapi anda masih tidak dapat mendaftar akaun dengan kami, sila rujuk senario di bawah.
1. Nombor Telefon atau ID Telah Didaftarkan: Nombor telefon atau ID (MyKad/Pasport) anda mungkin telah didaftarkan pada akaun Touch 'n Go eWallet sedia ada. Ini boleh berlaku kerana nombor telefon anda sebelum ini telah digunakan oleh pemilik akaun eWallet lain, atau seseorang secara tidak sengaja telah memasukkan nombor ID anda semasa proses pendaftaran mereka.
2. Akaun Terdahulu dengan Nombor Telefon atau ID Yang Sama: Jika anda sebelum ini telah mendaftarkan akaun dengan nombor telefon atau ID yang sama dan tidak dapat mengingati nombor PIN 6-digit anda, sila ikuti langkah "Lupa PIN". Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel kami di sini.
3. Nombor Telefon Telah Ditukar dan Tidak Boleh Log Masuk:
- Akaun Yang Telah Disahkan: Jika anda mempunyai akaun yang telah diverifikasi, anda boleh mendapatkan semula akses dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan Pengesahan Wajah. Tonton video ringkas di sini untuk memahami proses ini.
- Akaun Yang Belum Disahkan: Bagi akaun yang belum diverifikasi, anda boleh mendapatkan semula akses dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan alamat e-mel yang didaftarkan. Tonton video ringkas di sini untuk memahami proses ini.
4. Negara Tidak Berada Dalam Senarai: Jika negara anda pada masa ini tidak terdapat dalam senarai, kami memohon maaf atas kesulitan ini. Sila pastikan kami sedang aktif bekerja untuk memasukkan pengguna dari negara anda dalam aplikasi kami.
5. Pegunaan Nombor Telefon Bimbit yang Tidak Disokong : Harap maklum bahawa Touch 'n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor telefon Malaysia (+60) dan Singapura (+65).
Kami berharap maklumat di atas membantu anda. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami dengan mengemukakan permintaan di sini dengan memilih Jenis Bantuan sebagai 'Pendaftaran/Log Masuk'.