Anda boleh mengetahui status pesanan kad TNG yang dinaik taraf ini dalam bahagian kad yang terdapat di aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Klik pada TNG Card icon pada halaman utama aplikasi
Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status akan mengarahkan anda ke skrin pembelian. Status pesanan anda akan terpapar di bahagian bawah skrin
Langkah 3: Semak status pesanan pada skrin Order Summary dengan mengklik pada pesanan yang anda ingin jejaki.
Untuk maklumat lanjut, sila masukkan nombor penjejakan anda di sini https://www.trackingmore.com/jd-logistics-tracking.html.