Anda boleh membeli sebanyak 1 kad TNG yang dinaik taraf dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau 1 (satu) kad untuk setiap pengguna daripada ejen-ejen pihak ketiga terpilih Touch n’ Go. Harap maklum bahawa anda hanya boleh mendaftar maksimum 5 kad bagi setiap akaun Touch 'n Go eWallet.
Anda mempunyai pilihan untuk menyahpaut kad jika anda telah memaksimumkan slot yang tersedia untuk pendaftaran kad dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet. Untuk menyahpaut kad lama anda, klik pada ikon " More Options " di penjuru kanan sebelah atas kad. Kemudian, klik "Remove Card " dan sahkan pilihan anda. Seterusnya, anda perlu menambah kad TNG yang dinaik taraf dan boleh terus menggunakannya seperti biasa.