Anda boleh merujuk kepada video pendek ini atau ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik pada ikon Tanda soal sama ada pada skrin pendaftaran atau log masuk
2. Dalam skrin menu bantuan seterusnya, pilih 'I’ve changed my mobile number'
3. Masukkan nombor telefon baru anda (Anda akan menerima SMS OTP untuk mengesahkan nombor telefon baru anda)
Jika anda menerima mesej bahawa nombor telefon anda sedang digunakan, tetapi anda baru sahaja membeli nombor telefon baharu tersebut, ini mungkin disebabkan syarikat telekomunikasi telah mengitar semula nombor anda. Tidak perlu bimbang! Kami boleh membantu anda, hantarkan permintaan di sini
4. Setelah anda mengesahkan nombor telefon baru anda, langkah seterusnya adalah untuk memasukkan nombor ID yang anda gunakan semasa permohonan Pengesahan Akaun (eKYC) anda. Pastikan anda pilih jenis ID yang betul. Jika nombor ID yang anda masukkan bersamaan dengan akaun eWallet sedia ada dengan Pengesahan Akaun (eKYC) yang disahkan, anda boleh menggunakan pengesahan wajah untuk mendapatkan semula akaun anda dalam langkah seterusnya.
5. Pengesahan wajah diperlukan untuk memulihkan semula akaun anda dengan selamat. Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan Pengesahan wajah, sila klik pada ‘Use Face Verification’ setelah anda memahami terma dan syarat.
6. Imbasan muka akan dimulakan dan pengesahan mestilah berjaya diluluskan untuk mendapatkan akaun anda.
7. Sebaik sahaja anda lulus pengesahan wajah, anda akan dapat memulih akaun anda dengan memilih 'Recover Now'
8. Akhir sekali, anda perlu log masuk dengan nombor telefon baru anda untuk mengakses akaun anda. Anda mungkin juga perlu mengesahkan pin anda untuk log masuk (jika anda terlupa pin anda, sila untuk mengikuti langkah-langkah bagi menetapkan semula pin anda)
9. Itu sahaja! Anda akan kembali dalam aplikasi dengan nombor telefon yang telah berjaya dikemas kini
Jika masih sebarang masalah untuk memulihkan akaun anda, ejen kami sedia untuk membantu anda, cuma hantar permintaan di sini
Rujuk panduan penghantaran di https://youtu.be/Z54ra0V6LSQ