Semua pengguna yang telah melengkapkan pengesahan eKYC dibahagikan kepada tahap eDompet yang berbeza, dengan had Baki Boleh Dihantar dan Tidak Boleh Dihantar tersendiri, dan dikonfigurasi mengikut jadual di bawah:
Lite |
Pro |
Premium (Saiz eDompet RM5,000) |
Premium (Saiz eDompet RM20,000) |
Tiada fungsi penghantaran |
RM1,000 |
RM1,000 |
RM1,000 |
Set semula bulanan (Hari pertama bulan baharu pada 00:00 pagi) |
Set semula bulanan (Hari pertama bulan baharu pada 00:00 pagi) |
Set semula bulanan (Hari pertama bulan baharu pada 00:00 pagi) |
Set semula bulanan (Hari pertama bulan baharu pada 00:00 pagi) |
Walau bagaimanapun, jika setiap kali amaun yang anda tambah nilai menggunakan kad kredit melebihi had kuota yang anda miliki, amaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Tidak Boleh Dihantar bukannya Baki eWallet Boleh Dihantar.
Tiga senario berbeza yang digambarkan seperti di bawah:
- Sebagai contoh, jika had kuota anda untuk bulan ini ialah RM1,000 dan menambahkan nilai sebanyak RM300 ke dalam Touch ‘n Go eWallet anda menggunakan kad kredit, amaun tambah nilai ini akan diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Boleh Dihantar. Had kuota anda akan dikurangkan kepada RM700.
- Sebagai contoh, jika had kuota anda untuk bulan ini ialah RM1,000 dan menambahkan nilai sebanyak RM1,100 ke dalam Touch ‘n Go eWallet anda menggunakan kad kredit, amaun tambah nilai ini akan diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Tidak Boleh Dihantar. Had kuota anda masih kekal sebagai RM1,000.
- Sebagai contoh, jika had kuota anda untuk bulan ini ialah RM1,000 dan menambahkan nilai sebanyak RM1,000 ke dalam Touch ‘n Go eWallet anda menggunakan kad kredit, amaun tambah nilai ini akan diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Boleh Dihantar. Had kuota anda akan dikurangkan kepada RM0. Tambah nilai kad kredit seterusnya akan diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Tidak Boleh Dihantar. Anda boleh memilih untuk menambah nilai ke Baki eWallet Boleh Dihantar tetapi yuran pentadbiran 1% akan dikenakan di atas jumlah tambah nilai. Sebagai alternatif, anda boleh menunggu sehingga hari pertama bulan berikutnya untuk tambah nilai kad kredit diklasifikasikan sebagai Baki eWallet Boleh Dihantar. Ketahui tentang yuran pentadbiran di sini.
Untuk periksa tahap akaun anda:
Langkah 1: Tekan pada ikon akaun profil anda
Langkah 2: Tekan pada “My Tier” untuk lihat tahap pengguna anda