Perlindungan Tenang adalah sebuah inisiatif oleh industri insurans dan takaful yang menyediakan produk insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan segmen yang masih tidak dilindungi, terutamanya golongan bawah 40% penduduk atau “B40”. Matlamat utama ialah menyediakan perlindungan insurans dan takaful dari sebarang risiko di dalam kehidupan, Perlindungan Tenang merangkumi produk-produk yang memenuhi kriteria iaitu Mampu Milik, Mudah Diakses, Mudah Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah.