Terdapat beberapa sebab mengapa ganjaran yang dikreditkan adalah berbeza daripada jangkaan:
Kadar Bonus hanya akan dikira untuk jumlah baki GO+ maksimum sebanyak RM3,000.
Dalam kempen Booster Bonus GO+ ini, kadar bonus dikira sehingga maksimum RM3,000 daripada Baki GO+ pengguna. Sila rujuk contoh di bawah
Jumlah ganjaran kurang daripada RM0.01
Ganjaran yang dikreditkan ke dalam akaun pengguna dikira sehingga 2 titik perpuluhan sahaja. Jika terdapat baki Ganjaran yang berjumlah kurang daripada RM0.01, jumlah tersebut tidak akan dikreditkan serta-merta, tetapi akan dibiarkan terkumpul sehingga jumlah tersebut bersamaan atau lebih daripada RM0.01 sebelum dikreditkan ke dalam akaun GO+ pengguna. Sila rujuk contoh di bawah.