Tambah nilai eWallet anda tidak berjaya boleh disebabkan beberapa kemungkinan berikut :-
1. Mesej Ralat 'Service Not Available'
- Ini mungkin disebabkan oleh gangguan pada sambungan rangkaian atau sistem mengalami waktu henti
- Sila cuba sekali lagi
2. Baki yang tinggal telah melebihi had saiz eWallet anda
- Anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan baki tersebut atau menaiktaraf akaun eWallet
- Jika anda belum membuat pengesahan akaun, sila berbuat demikian untuk menaiktaraf saiz eWallet anda. Sila rujuk artikel Bagaimanakah untuk mengesahkan akaun saya? untuk maklumat lanjut
- Jika anda telah membuat pengesahan akaun, anda boleh menaiktaraf saiz eWallet melebihi RM5000. Sila rujuk artikel Bagaimanakah saya boleh menaik taraf? untuk maklumat lanjut
3. Anda telah memasukkan OTP yang salah
- Sila hantar semula dan cuba sekali lagi
4. Masalah Peranti
Sila periksa sambungan internet seperti langkah berikut:
a) Buka “internet browser” dan dan cuba buka laman sesawang www.google.com.
b) Jika laman itu tidak tertera, sambungan internet anda mungkin punca masalah ini.
Jika sambungan internet tidak bermasalah
i) Pastikan peranti anda tidak di 'jailbreak' atau di 'root'.
Sila rujuk artikel Mengapa aplikasi Touch 'n Go eWallet tidak disokong pada peranti yang di-jailbreak/di-root? untuk maklumat lanjut
ii) “Uninstall” dan “install” semula aplikasi Touch 'n Go eWallet.
iii) Kemaskini aplikasi ke versi terkini
iv) Kosongkan Cache/Data / Penyimpanan (bergantung pada jenis peranti)
Jika langkah di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda, sila hubungi kami dengan menghantar pertanyaan di sini. Rujuk panduan penghantaran di https://youtu.be/Z54ra0V6LSQ
Sila lampirkan tangkapan skrin berkaitan untuk rujukan kami.
5. Aliran trafik tinggi
Dalam situasi tertentu yang disebabkan oleh aliran trafik yang tinggi, sila tunggu sehingga 24 jam untuk tambah nilai dimasukkan.
Tambah Nilai melalui Duitnow Transfer:
Untuk memastikan tambah nilai tanpa gangguan dan juga menjadikan transaksi anda lebih lancar, kami mencadangkan anda untuk menggunakan ciri DuitNow Transfer. Dengan ciri ini, anda boleh tambah nilai akaun anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa sebarang kesulitan. Sila tonton video di sini
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :
Bagaimanakah cara untuk tambah nilai akaun Touch 'n Go eWallet?
Berapakah jumlah tambah nilai minimum dan maksimum untuk akaun Touch 'n Go eWallet?