Pelaburan patuh Syariah adalah pelaburan yang berteraskan prinsip-prinsip kewangan Islam. Garis panduan bagi pelaburan patuh Syariah adalah pelaburan tersebut tidak boleh melibatkan Riba (pengumpulan kadar faedah), Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (perjudian).
Wang anda tidak akan dilabur ke dalam syarikat-syarikat yang menjana keuntungan daripada alkohol, tembakau, perjudian, hiburan orang dewasa, senjata api, perbankan dan insurans konvensional.