Mengikut SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, anda tidak perlu mengimbas MySejahtera untuk mengisi minyak di pam. Walau bagaimanapun, jika anda memasuki kedai Shell Select, anda mesti mematuhi SOP yang ditetapkan termasuklah mengimbas MySejahtera, mengimbas suhu badan, menggunakan sanitasi tangan dan memakai pelitup muka pada setiap masa.