Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian WiFi tidak selamat?
Rangkaian WiFi tidak selamat biasanya merupakan rangkaian terbuka, seperti WiFi awam, atau yang menggunakan kaedah penyulitan yang ketinggalan zaman (contohnya, WEP). Rangkaian ini tidak melindungi data anda dengan berkesan, dan boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada risiko.
Kenapa tidak selamat untuk menggunakan WiFi yang tidak selamat?
Rangkaian WiFi yang tidak selamat membolehkan penggodam memintas data anda, memantau aktiviti anda, atau melancarkan serangan untuk mencuri maklumat sensitif seperti kata laluan atau butiran kewangan.
Apakah jenis maklumat akan berisiko?
Kata laluan, maklumat perbankan, maklumat peribadi, dan sebarang data anda yang dihantar melalui rangkaian WiFi tidak selamat boleh diakses oleh penggodam. Ini termasuk akaun eWallet anda dan butiran transaksi.
Bagaimana nak tahu jika rangkaian WiFi selamat?
Rangkaian WiFi yang selamat biasanya dilindungi kata laluan dan menggunakan kaedah penyulitan moden seperti WPA2 atau WPA3. Elakkan rangkaian yang terbuka (tidak memerlukan kata laluan) atau menggunakan protokol penyulitan lama seperti WEP.
Apa yang perlu dilakukan jika peranti saya disambungkan ke WiFi tidak selamat?
Kami mengesyorkan anda menukar kepada WiFi yang selamat atau menggunakan data mudah alih untuk melindungi maklumat anda. Anda juga boleh menggunakan VPN untuk keselamatan tambahan.
Dengan mengikuti langkah dan petua ini, anda boleh melindungi maklumat kewangan anda dengan lebih baik apabila anda menggunakan aplikasi kami.