Perkhidmatan ini dibuka untuk mana-mana pengguna berdaftar dengan nombor mudah alih Malaysia pada Touch ‘n Go e-Wallet, dan telah melengkapkan proses pengesahan akaun (KYC). Contohnya, seorang dengan akaun Touch ‘n Go e-Wallet yang berdaftar menggunakan nombor mudah alih Malaysia dengan KYC yang menggunakan pasport dibenarkan membuat pembayaran di luar negara.