Untuk menikmati ciri Kredit Game di Touch 'n Go eWallet, anda perlu sahkan akaun Touch 'n Go eWallet anda terlebih dahulu.
Langkah-langkah untuk pengesahan akaun:
Langkah 1: Klik ikon gambar profil anda di sudut kanan atas laman utama aplikasi Touch 'n Go eWallet.
Langkah 2: Klik "Pengesahan Akaun" dan masukkan maklumat yang diperlukan. Pengesahan akaun akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk diproses.
Anda boleh semak status daripada "Pengesahan Akaun". Setelah selesai, anda boleh mula membeli Kredit Game di aplikasi Touch 'n Go eWallet.