- Transaksi pengeluaran wang anda masih diproses. Ia akan mengambil dua hari bekerja daripada tarikh permintaan anda (T+1) sekiranya permintaan dibuat sebelum 4.00pm (T). Namun, sekiranya permintaan dibuat pada atau selepas 4.00 petang (T), permintaan akan dianggap sebagai permintaan pada hari berikutnya dan wang akan dipindahkan dalam masa tiga hari bekerja (T+2).
- Jika nama eWallet dan akaun bank adalah sepadan (status: disahkan), anda akan melihat tag yang disahkan dan permintaan pengeluaran wang yang seterusnya akan mengambil dua (2) hari untuk selesai diproses.
- Walau bagaimanapun, anda disyorkan memeriksa akaun bank anda terlebih dahulu kerana ada kemungkinan wang telahpun dipindahkan ke dalam akaun bank anda, tetapi pihak TNGD hanya akan mengemas kini status pengeluaran wang tersebut setelah menerima pengesahan dari pihak bank 1 hari kemudian.
- Sila pastikan anda membuat pengeluaran wang akaun bank sendiri
- Jika selepas dua hari bekerja dari tarikh transaksi anda dan pengeluaran wang tunai anda masih diproses, sila hubungi pihak Principal Malaysia seperti di bawah:
Bagi Principal eCash
Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Principal Malaysia dengan menghubungi Khidmat Pelanggan mereka di: +(603) 7723 7262, berbual bersama kami menerusi WhatsApp ataupun emel ke service@principal.com.my.