Permintaan pengeluaran wang akan dipapar di skrin penyata GO+. Jika anda keluarkan wang ke:
- TNG eWallet; wang akan dikreditkan serta-merta.
- Akaun bank; wang akan dihantar dalam masa satu (1) hari bekerja daripada tarikh permintaan anda sekiranya permintaan dibuat sebelum 4.00pm. Sekiranya selepas 4.00pm, wang akan dihantar dalam masa dua (2) hari bekerja.
- Walau bagaimanapun, anda disyorkan memeriksa akaun bank anda terlebih dahulu kerana ada kemungkinan wang telahpun dipindahkan ke dalam akaun bank anda, tetapi pihak TNGD hanya akan mengemas kini status pengeluaran wang tersebut setelah menerima pengesahan dari pihak bank 1 hari kemudian.
- Ketika pengeluaran wang untuk kali pertama dibuat ke akaun bank anda, nama eWallet dan akaun bank adalah sepadan (status: disahkan), anda akan lihat tag yang disahkan dan permintaan pengeluaran wang yang seterusnya akan mengambil dua (2) hari untuk selesai diproses.
- Pembayaran kepada rakan niaga, jumlah pengeluaran wang akan didebit dengan serta-merta daripada baki GO+.