Anda perlu klik ikon naik taraf di Touch ‘n Go eWallet anda dan ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 : Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan ID dan maklumat peribadi
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel - Bagaimanakah untuk mengesahkan akaun saya?
Langkah 2 : Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet
Langkah 3 : Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya dan anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.
Nota : Maklumat yang diminta adalah syarat peraturan wajib untuk membuka akaun pelaburan seperti Principal e-Cash melalui GO+.