Kelebihan utama GO+ terletak pada fleksibiliti dan kecairannya. Pengguna dapat menggunakan baki dalam akaun GO+ mereka secara bebas untuk transaksi harian, sambil dapat memperoleh faedah dari baki GO+ yang ada.
Kelebihan GO+ termasuklah:
- Mudah dan pantas untuk membuka akaun GO+
- Jumlah pelaburan awal yang berpatutan, i.e., tambah nilai minimum adalah RM10
- Kelancaran tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload Payment
- Pulangan yang dikreditkan setiap hari
- Pengeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja
GO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimiliki oleh instrumen pelaburan yang lain. Ia tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain di pasaran modal.