Berikut adalah situasi-situasi di mana pengguna tidak akan dilindungi di bawah Polisi 100% Pampasan Terjamin:
- Apabila transaksi yang tidak sah bukan dilakukan melalui Touch 'n Go eWallet.
- Apabila tuntutan berganda telah dilakukan. Contohnya, jika pengguna telah menghantar permintaan tuntutan daripada syarikat kad kredit, TNG Digital Sdn Bhd (“Syarikat”) tidak akan menerima tuntutan yang sama.
- Apabila pengguna telah membenarkan pihak ketiga akses ataupun kata laluan akaun Touch ‘n Go eWallet mereka. Jika mereka menjalankan sebarang transaksi, maka pengguna akan bertanggungjawab atas tindakan mereka.
- Apabila terdapat niat penipuan atau kecuaian.
- Apabila pengguna gagal menyediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.
- Apabila transaksi tidak sah berlaku di bawah keadaan yang tidak dapat dijangka, termasuk tetapi tidak terhad ke bencana alam, peperangan, serangan pengganas dan/atau kekacauan awam.
- Apabila transaksi yang tidak dibenarkan berlaku akibat dari terminal pihak ketiga atau masalah sistem yang diketahui oleh pengguna. Contohnya, percubaan penggodaman, penambahbaikan sistem bank dan masalah rangkaian telekomunikasi.
- Apabila terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pengguna membuat sebarang tuntutan.
- Apabila telefon bimbit pengguna di-‘root’ atau di-‘jailbreak’.
- Apabila Touch 'n Go eWallet pengguna dimuat turun dari sumber yang tidak sah.
- Apabila tambah nilai ke Touch ‘n Go eWallet yang tidak sengaja dan/atau salah dilakukan oleh pengguna.
- Apabila pengguna tersilap menghantar duit kepada Touch ‘n Go eWallet pihak ketiga.