Ada beberapa sebab perkara ini mungkin berlaku:
- Anda telah melebihi had transaksi eWallet anda. Sila pastikan bahawa anda tidak melebihi had transaksi eWallet harian, bulanan atau tahunan.
- Kad bank anda telah luput/melebihi had. Kad yang telah anda tetapkan untuk Quick Payment mungkin telah tamat tempoh, atau telah mencapai hadnya.
- Transaksi anda ditolak oleh bank. Bank anda mungkin menghadapi masalah menyelesaikan transaksi disebabkan beberapa perkara Sila hubungi bank anda untuk penjelasan lebih lanjut.
- Transaksi kad debit anda kurang daripada RM1.
- Perkhidmatan ini tidak tersedia untuk transaksi semasa anda. Transaksi semasa anda mungkin merupakan pembelian dalam aplikasi (cth: membeli tiket filem dan penerbangan, tambah nilai prabayar mudah alih, pembayaran utiliti dan bil telefon) atau bayaran tol (PayDirect dan RFID). Fungsi Quick Payment yang tersedia buat masa sekarang adalah fungsi "Scan" dan "Pay" untuk pembelian dalam kedai sahaja.
- Kesilapan sistem umum. Mungkin ada masalah dengan sistem atau penyedia atau kedua-duanya, di mana perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu.