Tidak. Kad Touch 'n Go merupakan kad pintar yang menggunakan cip MIFARE, dimana transaksi hanya boleh dilakukan berdasarkan sentuhan dengan menggunakan pembaca kad. Anda tidak boleh menambah nilai kad TNG melalui eWallet.
Walau bagaimanapun, kami telah memperkenalkan penyelesaian alternatif melalui PayDirect. Anda hanya perlu pautkan kad TNG ke dalam eWallet, dan bila anda gunakan kad tersebut di plaza tol, kadar tol akan ditolak terus dari eWallet anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tngdigital.com.my/paydirect.