AIA tidak akan membayar sebarang tuntutan berkenaan dengan perkara berikut:
- Disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh peraturan atau kawalan Kerajaan, kebankrapan, pembubaran atau keingkaran agensi pelancongan, atau pembatalan yang disebabkan oleh syarikat pengangkutan;
- Dilindungi oleh mana-mana skim insurance sedia ada, program kerajaan, atau yang akan dibayar atau dikembalikan oleh hotel, syarikat pengangkutan, ejen pelancongan atau mana-mana penyedia perjalanan dan/atau penginapan lain;
- Jika polisi dibeli kurang daripada 7 hari sebelum perjalanan dimulakan;
- Jika Orang Yang Diinsuranskan menangguhkan perjalanan yang dijadualkan semata-mata disebabkan oleh wabak atau nasihat perjalanan berkaitan wabak, termasuk tetapi tidak terhad kepada penutupan sempadan, perintah kuarantin, perintah kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau Pertubuhan Keshihatan Sedunia untuk negara destinasi perjalanan atau negara asal.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi di sini untuk senarai penuh pengecualian yang terpakai untuk Pembatalan Perjalanan.