AIA tidak akan membayar sebarang tuntutan berkenaan dengan perkara berikut:
- Kegagalan Orang Yang Diinsuranskan untuk mendaftar masuk berdasarkan jadual perjalanan yang dibekalkan kepadanya;
- Kegagalan Orang Yang Diinsuranskan untuk mendapatkan pengesahan bertulis daripada syarikat pengangkutan mereka tentang bilangan jam tertunda dan sebab kelewatan tersebut;
- Mogok, rusuhan atau tindakan industri diketahui umum wujud pada tarikh pembelian polisi;
- Ketibaan lewat Orang Yang Diinsuranskan di lapangan terbang atau pelabuhan;
- Sebarang kelewatan, penjadualan semula atau pembatalan oleh syarikat pengangkutan yang dimaklumkan kepada Orang Yang Diinsuranskan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas asal perjalanan;
- Sebarang perbelanjaan tambahan yang ditanggung jika mana-mana bahagian perjalanan anda dibatalkan atau ditangguhkan;
- Kelewatan kurang daripada 3 jam berturut-turut.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi di sini untuk senarai penuh pengecualian yang terpakai untuk Kelewatan Perjalanan.