AIA tidak akan membayar sebarang tuntutan berkenaan dengan perkara berikut:
- Haus dan lusuh;
- Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau peninggalan atau persekongkolan Orang Yang Diinsuranskan;
- Barang platinum, emas, perak, barang kemas, bulu, dan seumpamanya;
- Sekuriti, obligasi, surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji hutang atau sebarang jenis dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, nota mata wang, manuskrip wang kertas, buku akaun atau buku perniagaan lain, atau rekod sistem komputer;
- Kehilangan atau kerosakan kandungan rumah yang diinsuranskan di bawah mana-mana polisi insurans lain, yang dibayar balik oleh pihak lain;
- Lebih daripada RM500 untuk mana-mana satu artikel atau sepasang atau set artikel.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi di sini untuk senarai penuh pengecualian yang berkenaan dengan Manfaat Pilihan 2: Perlindungan Rumah.