[Nota : Pengesahan Wajah untuk pengguna iOS sedang dinaik taraf, fungsi ini tidak disediakan buat sementara waktu. Sila gunakan PIN anda sebagai pengesahan alternatif. Terima Kasih atas kesabaran anda.]
Pengesahan wajah adalah kaedah alternatif pengesahan selamat untuk anda log masuk, mengedit maklumat dan membuat pembayaran dengan eWallet anda. Kaedah pengesahan ini lebih selamat daripada PIN 6 angka tradisional kerana ia menggunakan data biometrik anda. Setelah log masuk dan membuat pembayaran, anda akan diminta untuk mengimbas wajah anda untuk mengesahkan.
Namun, kaedah pengesahan PIN 6 angka yang biasa juga akan diberikan sekiranya wajah anda tidak dapat diimbas kerana keadaan pencahayaan, atau jika anda lebih suka tidak menggunakan pengesahan wajah pada waktu tersebut.
Untuk kembali ke pengesahan PIN, anda boleh klik pada butang "X" di bawah "Imbas Wajah Anda" apabila pengecaman muka tidak dapat mengesan muka anda.
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :