Anda mungkin tidak boleh log masuk kerana sebab berikut:
1) Akaun and telah disekat kerana cubaan PIN yang salah atau terlupa PIN 6 angka
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel Bagaimana sekiranya saya terlupa nombor PIN 6-digit saya atau akaun saya telah digantung?
2) Anda telah menukar nombor telefon bimbit
- Untuk akaun dengan ekyc : Dapatkan semula akaun anda dengan Pemulihan Akaun dengan Pengesahan Wajah! Tonton video ini untuk panduan lanjut atau rujuk di sini untuk lebih info mengenai Pemulihan Akaun
- Untuk akaun tanpa ekyc : Sila hantarkan permintaan bantuan di sini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Isi maklumat yang diperlukan
Langkah 2: Pilih Jenis Sokongan> Kemas kini Akaun> Kemas kini Nombor Mudah Alih
Langkah 3: Tambahkan fail: Lampirkan Salinan Bil Telefon Pascabayar / Prabayar anda
Langkah 4: Klik "Hantar"
Rujuk panduan penghantaran di https://youtu.be/Z54ra0V6LSQ
3) Akaun tidak aktif (dorman)
- Akaun akan menjadi tidak aktif jika tiada sebarang aktiviti lebih dari ENAM (6) bulan.
- Jika akaun anda telah membuat eKYC, anda boleh mendapatkan semula akaun yang tidak aktif tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel Apakah yang akan berlaku kepada akaun saya jika saya bukan pengguna aktif?
- Jika akaun anda belum eKYC, sila hubungi kami melalui webform di sini
4) Peranti tidak disokong
- Sila pastikan anda tidak menggunakan peranti yang di-jailbreak atau di-root
- Untuk maklumata lanjut sila rujuk artikel Mengapa aplikasi Touch 'n Go eWallet tidak disokong pada peranti yang di-jailbreak/di-root?
5) Masalah peranti
Sila periksa sambungan internet seperti langkah berikut:
a) Buka “internet browser” dan dan cuba buka laman sesawang www.google.com.
b) Jika laman itu tidak tertera, sambungan internet anda mungkin punca masalah ini.
Jika sambungan internet tidak bermasalah
i) “Uninstall” dan “install” semula aplikasi Touch n Go eWallet.
ii) Kemaskini aplikasi ke versi terkini
a) Buka “Google Play” -> My Apps & Games -> Touch n Go eWallet
iii) Kosongkan Cache/Data / Penyimpanan (istilahnya berbeza di antara model telefon)> 'Izinkan' semua kebenaran
a) Buka “Settings” fon anda, klik “Apps” dan cari aplikasi “Touch n Go eWallet”
b) klik butang “Clear Cache”
- Jika langkah di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda, sila hubungi kami dengan menghantar pertanyaan di sini. Sila lampirkan tangkapan skrin berkaitan untuk rujukan kami.
6) Akaun anda telah disekat kerana telah melanggar terma & syarat
- Sila hubungi kami melalui webform di sini
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :