Fungsi tambah nilai melalui kad kredit telah dihadkan kerana kami mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan di dalam akaun anda.
Bagaimanapun, anda masih dapat menambah nilai eWallet menggunakan FPX, kad debit atau PIN tambah nilai.
Kami telah mengesan transaksi mencurigakan dalam akaun anda. Untuk memastikan kesahihan transaksi ini, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tambah nilai seterusnya. Ini bagi memastikan anda memberi kuasa dan mengambil maklum ke atas transaksi tersebut.
Pengeluaran wang segera melalui GO+ daripada tambah nilai kad kredit boleh diklasifikasikan sebagai transaksi dicurigai kerana ia bukan aktiviti transaksi biasa.
Pihak TNGD mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun eWallet jika terdapat salah laku berulang yang melibatkan tambah nilai kad kredit yang dicurigai.
Sila rujuk fasal 42 di https://cdn-web.tngdigital.com.my/pdf/User-TC-updated-oct20.pdf,