Ya. Had baki akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500. Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.
Walau bagaimanapun, keseluruhan baki agregat bagi semua pengguna GO+ adalah terhad kepada RM5 bilion ("Had Agregat"). Walaupun pengguna individu mempunyai had sehingga RM9,500, amaun maksimum yang anda boleh melabur masih tertakluk kepada Had Agregat. Maksudnya, jika Had Agregat telahpun tercapai, pengguna tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+.