Pengguna mestilah warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan (MyKad). Mereka perlu melengkapkan KYC terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut. Pengguna dinasihati supaya melengkapkan KYC sebelum memulakan perjalanan mereka.
Untuk melakukan KYC, mereka dikehendaki memasukkan nombor MyKad mereka (mengikut arahan yang tertera pada Touch ‘n Go e-wallet). Kemudian, pihak kami akan mengesahkan identiti mereka secara elektronik (eKYC).