Anda boleh mengaktifkan fungsi Quick Cash In di Dashboard GO+ melalui bahagian Settings. Pin 6-angka diperlukan semasa proses pengaktifan. Jika baki eWallet melebihi RM10.00 semasa anda mengaktifkan Quick Cash In, semua baki akan dipindahkan ke akaun GO+ secara automatik. Anda akan terima resit yang memberitahu Quick Cash In Berjaya dan Quick Cash In diaktifkan. Jika baki eWallet kurang daripada RM10.00, resit akan menunjukkan Quick Cash In telah diaktifkan tetapi tiada dana akan dipindahkan ke akaun GO+.
Baki eWallet melebihi RM10.00
Baki eWallet kurang daripada RM10.00