Untuk menikmati faedah penuh charm yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
- Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYC
- Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai charm menggunakan eWallet
- Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch 'n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan charm TNG.
Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan charm TNG anda mengikut langkah di bawah:
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada skrin utama
Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan
Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC
Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:
Langkah 3: Klik pada Scan Now atau ikon .
Langkah 4: Letakkan charm TNG anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, sentuh charm pada bahagian atas muka belakang telefon, manakala untuk Android, sentuh di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda
Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada charm anda
Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada charm terpaut anda akan berdasarkan sistem
Langkah 7: Tekan butan Add
Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan charm TNG.
Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Charm TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda
Jika telefon anda TIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC dimatikan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)
Langkah 3: Masukkan Nombor Siri Charm 10-digit anda secara manual
Langkah 4: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada charm terpaut anda akan berdasarkan sistem
Langkah 5: Klik pada butang Add
Langkah 6: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan charm TNG.
Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Charm TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda