Paparan notifikasi melalui aplikasi TNG eWallet akan dihantar untuk memaklumkan bahawa permohonan anda diluluskan.
Untuk menerima tawaran dan syarat:
- Akui jumlah pinjaman yang ditawarkan dan terima Terma & Syarat pada skrin tawaran pinjaman dalam tempoh 30 hari kalendar.
- Masukkan PIN 6-digit TNG eWallet anda.
Sila pastikan paparan notifikasi didayakan pada peranti mudah alih anda. Selain itu, CIMB juga akan menghantar SMS sebaik sahaja permohonan anda diluluskan.